BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

30 Disember 2010

Kerana aku mencintaimu, ingin sama-sama ke syurga..

Bismillah..

Assalamualaikum..

Tak mungkin ku biarkn dirimu terus hanyut dalam keasyikan dunia...andai diizinkn ku menghidu haruman firdausi, ku tak ingin sendirian...ku ingin kau di sisi menemani...seiring melangkah menikmati nikmat di syurga...

ku juga diciptakan dari tanah….sama seperti mu…tiada sebarang kesempurnaan…penuh kelemahan dan kedaifan…tiada yang lebih sempurna melainkan Allah dan rasulNya….


andai diri ini tersalah langkah, jangan biarkan ku terus tersungkur...pimpinlah tanganku menyusur jalan yang benar...kembali bertaut pada taliNya…bantulah daku agar kau tidak disoal mengapa membiarkan ku terus dalam kekhilafan...


jelas firman Nya dalam mukjizat terbesar junjungan tercinta yang telah membawa rahmat ke seluruh alam…“bertolong-tolonglah kamu dalam kebaikan dan taqwa…dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam membuat dosa dan permusuhan…”(al-maidah : 2)


di ‘sana’ nanti kita akan dipersoalkan dengan segala apa yang telah kita lakukan di dunia…sama ada saling berkompromi dalam kebaikan atau keburukan…di dunia, kita boleh memilih jalan…baik atau buruk…akan tetapi…ingatlah….di ‘sana’ nanti kita tiada pilihan…jalan yang kita pilih di dunia yang akan memimpin kita…menjadi penyebab beradanya kita dalam ‘kenikmatan’ atau ‘azab’ yang tidak terperi seksanya…na’uzubillah…


semalam mungkin ku boleh menutup mata dengan apa yang telah berlaku…tapi hati ku marah pada diri…kenapa tidak mengatakan yang hak…ku risau kerana mungkin kelancanganku berbicara akan menjauhkan jarak antara kita…mungkin itu hakikat yang terpaksa ku terima di dunia kerana kumahu kau terus di sisiku andai ku diizinkan melangkah ke firdausi…dan mungkin juga tamparan itu yang harus ku terima kerana ku tidak mahu di soal di hapadan hakim yang Maha Besar kerana membiarkan diri mu terus leka diulik mimpi yang tiada kesudahan…


tapi mulai saat dan detik ini, ku harus bertegas…ku tidak boleh membiarkan diri mu terus dalam keasyikan dan keseronokan dunia yang hanya sementara ini…walaupun mungkin selepas ini kau tidak mahu menatap dua mataku…ku redha…mungkin itu takdir yang terbaik buatku…apa yang ku lakukan ini adalah kerana cinta ku pada mu…cinta kerana Allah…kerana kasih dan sayang yang telah kita bina selama ini…


setiap sesuatu ada had dan batasnya…mungkin ada sesetengah perkara, masih boleh dirundingkan…ada juga perkara yang tidak boleh untuk di ‘tawar-menawar’ kerana hal itu telah jelas, terang lagi bersuluh…tidak mungkin dapat di ubah hingga sangka kala ditiup di hujung hayat dunia ini…


mari kita amati dan memahami...kalam suci yang di wahyukan kepada baginda nabi SAW...walaupun dalam bahasa arab...kita bisa membaca terjemahannya...kepada golongan an-nisa’...banyak peringatan dari nabi...banyak perintah dari Allah...semuanya bagi menjaga maslahah yang berkaitan dengan wanita...


dalam Al-quran jelas digariskan... “sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu” (al-a’araaf : 26)...ya...itulah yang ku ingin bicarakan...Allah tidak akan menjadikan sesuatu dengan sia-sia...setiap sesuatu pasti ada sebab musababnya...


sekali lagi ingin ku tegaskan...ku juga makhluk tuhan seperti mu...diciptakan dari tanah dan akan kembali juga ke tanah...diri ku juga dibaluti 1001 kelemahan dan kesilapan...lantaran itu, ku pinta diri mu untuk membantuku kembali kepada paksi kebenaran...dirimu umpama cermin buatku...andai tergaris kecacatan yang ku lakukan yang boleh mencalarkan maruah Islam dan membelakangkan syariatNya...bukan ku sekadar memohon malahan ku merayu agar menarik ku kembali pada jalan yang diredhaiNya...


diri mu yang ku sayangi....ketahuilah dalam Islam cantik dicorakkan cara pergaulan, berpakaian dan segala sudut yang sentiasa bermain dalam senario kehidupan manusia...di sini ku hanya ingin ‘berbincang’ tentang berpakaian semasa kita bukan bersama-sama mereka yang halal bagi kita...bagaimana untuk kita berdepan mengikut ajaran agama Allah yang satu ini...tentang helai kain yang sentiasa membaluti anggota tubuh kita dari hujung rambut hingga hujung kaki...


sekali lagi ku ingin membawa dirimu merenung nas yang datangnya dari kalamullah yang tidak boleh dipertikaikan sehingga terbit matahari di barat... “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka...” (al-ahzab : 59)...apa yang boleh ditafsirkan dari ayat di atas...Allah menyeru supaya menutupi seluruh tubuh badan dengan pakaian...!!!ku ingin menarik minda mu agar berfikir sejenak, mengapa Dia menyariatkan sedemikian...mengapa kita perlu bertudung, berpakaian...mengapa...??? semuanya kerana tubuh kita adalah aurat...!!!bukan untuk menjadi tatapan umum...bukan menjadi tatapan untuk memancing nafsu-nafsu jahat....


tetapi semua itu bukanlah sewenang-wenangnya untuk kita laksanakan...ada garis dan panduannya yang tertentu...ayat Al-quran tersebut kemudianya dijelaskan oleh kekasih Allah...cara berpakaian : tidak lah ketat sehingga menampakkan susuk tubuh, tidak jarang hingga boleh menampakkan kulit atau bentuk badan, tidak menyerupai pakaian orang kafir...


ku ingin mengetuk mindamu...supaya kita dapat bersama-sama berfikir...mengapa syarat sedemikian ditetapkan...???.. kita harus ingat...hawa diciptakan untuk menemani adam yang kesunyian ketika di syurga dahulu...dan dalam hadith juga ada disebut, wanita adalah hiasan dunia...apa kaitan dua perkara ini...???


baiklah...mari kita sama-sama fikirkan...adakah akan indah dunia ini jika hanya kaum adam yang tercipta...??? Allah itu Maha Mengetahui...oleh sebab itu kaum hawa diciptakan...dengan ini juga manusia dapat berkembang biak di muka bumi...


sudah berkali kita dengar...adam, akalnya sembilan dan nafsunya satu...apakah yang satu itu...??? maklum sudah jawapannya, berkeinginan kepada hawa...kerana itu Allah menciptakan kaum hawa dengan begitu kompleks...penuh ‘kesenian’...kerana wanita adalah hiasan dunia...mengindahkan ‘dunia’ kaum adam...tapi harus diingat bahawa sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah...segala yang kita lakukan dan kita mahukan pasti kita ingin yang terbaik agar hasil yang kita peroleh adalah yang terbaik...


bagaimana mahu menjadi yang terbaik...??? marilah kita kembali kepada apa yang telah diperintahkan Allah...tutuplah aurat sesempurna mungkin sepertimana yang di ajar rasul...!!! jika difikir...caranya mudah dan tidak memerlukan belanja yang berjuta-juta...tidak memeningkan kepala dan tidak lansung merumitkan...pakailah apa pun yang kita kehendaki tapi jangan sesekali meninggalkan ‘syarat-syarat’ yang digariskan dalam Islam...Islam itu mudah dan tidak memudaratkan penganutnya...Islam itu sempurna tanpa perlu kita menokok tambah...


dan termasuk dalam syariat berpakaian ini juga adalah memakai jilbab atau lebih dikenali memakai tudung...turut mempunyai syarat dan peraturannya...tudung itu mestilah tidak jarang, tidak mengikut bentuk, sehingga boleh menampakkan bentuk leher dan kepala, dan tidak pendek dan menutupi dada....


bukan Allah nak menyusahkan hamba-hambanya...bukan nabi nak menyulitkan umatnya...semuanya kerana sayangnya Allah kepada kita dan cintanya Nabi kepada umatnya... segalanya pasti ada 1001 hikmah yang mungkin tak dapat kita rungkaikan...


betapa manusia alpa dan leka...Allah menegaskan lagi dalam firmanNya melalui lisan rasulNya...“ Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)...” (an-nur : 31)...dalam ayat ini boleh ditafsirkan, wanita wajib untuk memakai tudung ketika berhadapan dengan mereka yang tidak halal baginya...siapa...??? lelaki ajnabi...lelaki yang bukan mahram kita..lelaki yang kita boleh berkahwin dengannya...


kenapa perlu sampai ke paras dada yang Allah tetapkan...???kita renung kembali apa yang telah tertulis sebelum ini...wanita diciptakan dengan penuh ‘kesenian’...apa yang kaum hawa ada, kaum adam tidak miliki...fizikal kaum adam tidak sama dengan kaum hawa...pasti mengerti apa yang cuba ku maksudkan...bukan untuk mengaibkan tetapi ini adalah fakta...kerana ianya aib, maka wajib menutupinya....


bahagian dada wanita merupakan salah satu penarik kepada kaum adam....kerana sebab demikian, Allah mewajibkan kaum hawa melabuhkan tudung hingga ke dada...ini bagi megelakkan pandangan kaum adam ‘dipancing’ dengan ‘ciptaan terindah’ daripada Allah itu...besar dosanya jika kita ‘berjaya’ memancing syahwat kaum adam yang tidak halal bagi kita... 1001 bahaya yang telah ‘ditempah’...


labuhkanlah tudungmu hingga menutupi dadamu...simpanlah ‘khazanah’ itu sebaik-baiknya...bukan dijadikan tatapan umum sehingga hilang nilainya...sesuatu yang lebih tertutup dan terpelihara itu lebih bernilai dan lebih baik...biarlah menjadi sebuah rahsia hingga boleh diungkapkan mereka yang benar-benar berhak sahaja...


jika kita mahu yang terbaik dan mendapatkan hasil yang terbaik....kita perlu menjadi yang terbaik...hukum dunia...hanya mereka yang terbaik sahaja yang akan memiliki yang terbaik...


diri mu yang ku sayangi....ingatlah diri mu amat berharga...jaga dan peliharalah sebaik mungkin...kita hanya hidup sekali di dunia ini...tidak untuk kali kedua...tidak untuk kali ketiga...selapas kematian kita, kita tidak akan dapat mengubah apa-apa yang telah tercatat di kitab amalan kita...tidak ada istilah ‘delete’, ‘cut’, ‘padam’ atau ‘liquid’...


sebelum kita dipanggil menghadap Rabbul ‘Izzati...marilah kita sediakan diri sebaik mungkin...ikut dan patuh pada syariatNya...laksanakan segala perintahNya...tinggalkan semua laranganNya...agar kita sama-sama dapat menghidu haruman firdausi dan menjejak kaki dalam tempat yang tidak tergambar nikmatnya...

Diambil dari sini..

barakallah alaikum.. wasalamualaikum..

29 Disember 2010

Kenapa Kau Bagi Salam Kat Semua Orang?

Inilah sebuah potongan babak daripada Novel Laksana Bulan. Bacalah dan fahamilah isi yang tersirat.


Mulutnya laju mengunyah makanan. Sudu dan garfu sesekali berlaga. Ikan keli masak sambal itu dilahap. Faiz menutup mata, bagaikan menunjuk kelazatan makanan tengaharinya. Kafeteria yang terletak di Menara Sultan Abdul Aziz hingar-bingar, dipenuhi dengan staf dan para pelajar yang datang untuk mengisi perut pada waktu tengahari. Kebanyakan meja di situ telah pun dipenuhi. Masing-masing sedang menjamah makanan.

Tatkala sedang menghabiskan sisa-sisa makanannya, pandang Faiz menangkap seseorang yang sememangnya dia tunggu selama ini. Akmal! Ketika Akmal sedang mencari-cari tempat untuk dia duduk, Faiz mengangkat tangannya.

“Assalamualaikum, Akmal!” laung Faiz. Laungannya didengari oleh hampir separuh pengunjung kafetaria tersebut. Akmal menjawab salamnya seraya mendekati Faiz.

“Aii.. seorang je makan? Boleh aku join?” tanya Akmal penuh berharap.

Faiz membuat muka serius. “Kalau berani, duduk la.” Suaranya tegang. Akmal berkerut. ‘Aku ada buat salah ke?’, gumam hatinya. Faiz tergelak kecil. “Aku gurau je la. Haha.. duduk je la. Aku pun lonely ni.” Jelas Faiz. Tawa masih tersisa.

Akmal meletakkan begnya seraya melabuhkan punggung di atas kerusi. Matanya memerhatikan barisan pelajar yang beratur panjang untuk membeli makanan. Faiz merenungnya dari atas ke bawah. Wajah Akmal yang sederhana gelap itu dihiasi dengan sepasang cermin mata. Akal Faiz mula mencanang perancangannya.

Faiz berdehem beberapa kali untuk menarik perhatian lelaki di hadapannya itu. “Em.. aku nak tanya, biasanya kan kau bagi salam kat semua orang kau jumpa. Kenapa kau tak bagi salam kat aku pula kat kafe ni?” soal Faiz.

“Sebab kau tengah makan. Makruh hukumnya bagi salam kat orang yang tengah makan.” Jelas Akmal.

“Kenapa pula kau tak bagi salam kat perempuan?” soal Faiz lagi.

“Eh.. aku bagi salam apa kat nenek aku. Aku cuma tak bagi salam kat perempuan bukan muhrim je.” Gurau Akmal.

“Tapi kenapa?”

“Untuk elakkan fitnah. Nanti tak pasal-pasal aku dituduh nak mengurat pula.”

“Kenapa pula kau bagi salam kat semua orang?” soal Faiz bertalu-talu.

“Sebab tak ada satu dalil pun yang menyuruh kita bagi salam kat orang yang kita kenal je. Dalam bagi salam, kita bukan je doakan orang, orang juga akan doakan kita balik. Dapat pahala pula tu.” Jawab Akmal panjang lebar. Faiz terdiam. Sememangnya lelaki di hadapannya ini melakukan sesuatu bersebab. Bukan sekadar hentam keromo.

“Panjang kau soal siasat aku tapi aku tak tahu pun nama kau. Kau je tahu nama aku.” Akmal menyindir.

Faiz tersengih. Tangannya dihulurkan. “Nama aku Faiz. Mohd Faiz bin Zaman dari jurusan akaun.” Tangannya disambut. Mereka berjabat tangan. Jalinan ukhuwah mula bertaut.

Sejak hari itu, Faiz dan Akmal menjadi rapat meskipun berlainan jurusan. Walaupun pada mulanya Faiz berasa janggal, namun lama-kelamaan dia sudah terbiasa dengan tabiat Akmal yang dirasakan aneh. Tabiat yang rasanya tidak pernah dibuat orang. Pantang mendengar ada orang sakit, cepat-cepat Akmal melawat walaupun langsung dia tidak mengenali orang tersebut. Kalau seseorang ada masalah, pasti Akmal meluru untuk membantu sekadar termampu. Wajahnya tidak pernah lokek dengan senyuman. Prestasi pelajarannya juga membanggakan. Kerana itulah, Faiz menyenangi sikap Akmal itu. Bahkan semua warga UiTM Kampus Shah Alam yang mengenali Akmal menyenanginya.

Cuma, terdapat satu tabiat Akmal yang tidak digemari oleh rakan-rakan sekolejnya. Setiap hari, Akmal akan mengetuk pintu bilik-bilik rakannya untuk mengejutkan mereka agar menunaikan solat subuh. Yang geramnya, ketukan Akmal itu bagaikan hendak memecahkan pintu. Kalau tidak kerana tujuannya baik, pasti Akmal sudah lama ditengking.


28 Disember 2010

Kiamat 2012?

Assalamualaikum..

Setelah lama tidak menulis sendiri post sendiri, akhirnya saya berjaya mencuri masa untuk berbuat demikian. Saya tertarik untuk mengupas sedikit tentang Kiamat 2012 berdasarkan kejadian yang saya baru sahaja lihat sebentar tadi. Ketika saya sedang mencari-cari buku 'Fadail Masa'il' di MPH Bookstore, Alamanda Putrajaya, tiba-tiba saya terdengar perbualan dua beranak yang menusuk telinga saya.

Anak: Ayah, nak beli buku.
Ayah: Beli buku apa? Jangan beli buku kartun dengan komik pula?

Saya mengerling ke arah mereka. Si anak umurnya lebih kurang belasan tahun manakala sebapa mungkin 40-an. Yang pasti, uban telah memenuhi ruang kepalanya. Si anak pun mencapai sebuah buku yang menarik hatinya. Tajuknya, Kiamat 2012.





Ayah: Mengarut je buku ni. Mana ada kiamat jadi 2012. Membazir je beli buku ni. Baik beli buku pelajaran.

Saya mengukir senyuman di bibir. Mengarut? Benarkah?

Beberapa bulan lepas, seorang pensyarah USIM telah datang ke IPG KPI untuk mengupas tentang Kiamat 2012 ini dan ternyata, sambutannya hanya sederhana. Namun, saya tetap menghadirkan diri untuk mendapatkan sedikit info.

Menurutnya, kiamat 2012 ini asalnya merupakan ramalan suku Mayan yang bertapak si America Selatan. Tarikh yang diramalkan berlakunya kiamat ialah 21 Disember 2012. Ramai dalam kalangan masyarakat kita hari ini rasanya tidak mengendahkannya. Sebab ianya hanya sebuah ramalan.

Saya ada satu persoalan, jika benar kiamat akan berlaku pada tarikh tersebut, apakah anda sudah bersedia? Jangan katakan mustahil kerana Allah hanya perlu mengatakan 'KUN FAYA KUN'. Pasti ianya akan terjadi.

Mengapa masing-masing sibuk takut akan kiamat tetapi tidak risau akan kematian dirinya sendiri? Amalan sudah banyakkah?

Saudaraku yang dirahmati Allah,
Ingatlah bahawa perkara yang PALING DEKAT dengan kita ialah MATI. Hendak atau tidak, ianya pasti akan tiba. Kita bukan semakin dewasa tetapi semakin dekat dengan kematian. Sedangkan seorang pelajar yang baru sahaja mengambil keputusan PMR meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk pulang ke rumah, apatah lagi kita yang berusia lebih dari itu. Bayi yang berada dalam kandungan juga begitu mudah meninggal dunia.

Berapa kalikah kita pernah berfikir sejenak? Apakah tujuan kita DIHIDUPKAN (istilah yang lebih sesuai dari hidup kerana kita hidup bukan atas kehendak sendiri)? Adakah sekadar hendak belajar tinggi-tinggi, berumah tangga, mendapatkan perkerjaan yang bagus, mencari harta untuk keturunan kita semata-mata? Adakah berbaloi jika hidup ini hanya sekadar untuk itu?

INGATLAH! Bahawa syurga dan neraka itu sememangnya ada. Andai syurga dan neraka tiada dan tiada balasan atas perbuatan kita di dunia ini, lebih baik kita menjadi orang jahat. Lebih seronok! Boleh berbuat sesuka nafsu!

Tetapi sebenarnya inilah ujian Allah kepada kita, hambaNya. Allah menghijabkan pandangan kita dari perkara-perkara ghaib (Sam'iyyat). Kerana itulah malaikat pernah berkata andai manusia dapat melihat syurga, PASTI mereka berlumba-lumba untuk mendapatkannya dan andai manusia boleh melihat neraka, PASTI mereka berusaha untuk menjauhinya. Memang mudah untuk melafazkan cinta, tetapi bagaimana hendak membuktikannya? Pastilah dengan diuji.

Jika kita dapat mengehtahui tarikh kematian kita atau tarikh hari kiamat yang tepat, pasti ramai dalam kalangan kita yang akan berfoya-foya terlebih dahulu dan apabila masanya kian hampir barulah mereka bertaubat. Apakah itu bukti cinta yang sebenar?

Pada pendapat saya, tidak usah sibuk mengkaji atau meramal tarikh kiamat kerana lebih baik kita bersedia SENTIASA untuk menghadapinya. Jika tarikh tersebut tepat, maka kita telah pun bersedia. Jika tarikh tersebut tidak tepat, kita tetap bersedia dan beribadat kepada Allah. Masa depan tidak terjangkau oleh fikiran kita yang terbatas ini.

InsyAllah, sama-sama kita perbanyakkan amal dan tingkatkan iman. Barakallah alaikum. Wasalam..