BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

30 Disember 2010

Kerana aku mencintaimu, ingin sama-sama ke syurga..

Bismillah..

Assalamualaikum..

Tak mungkin ku biarkn dirimu terus hanyut dalam keasyikan dunia...andai diizinkn ku menghidu haruman firdausi, ku tak ingin sendirian...ku ingin kau di sisi menemani...seiring melangkah menikmati nikmat di syurga...

ku juga diciptakan dari tanah….sama seperti mu…tiada sebarang kesempurnaan…penuh kelemahan dan kedaifan…tiada yang lebih sempurna melainkan Allah dan rasulNya….


andai diri ini tersalah langkah, jangan biarkan ku terus tersungkur...pimpinlah tanganku menyusur jalan yang benar...kembali bertaut pada taliNya…bantulah daku agar kau tidak disoal mengapa membiarkan ku terus dalam kekhilafan...


jelas firman Nya dalam mukjizat terbesar junjungan tercinta yang telah membawa rahmat ke seluruh alam…“bertolong-tolonglah kamu dalam kebaikan dan taqwa…dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam membuat dosa dan permusuhan…”(al-maidah : 2)


di ‘sana’ nanti kita akan dipersoalkan dengan segala apa yang telah kita lakukan di dunia…sama ada saling berkompromi dalam kebaikan atau keburukan…di dunia, kita boleh memilih jalan…baik atau buruk…akan tetapi…ingatlah….di ‘sana’ nanti kita tiada pilihan…jalan yang kita pilih di dunia yang akan memimpin kita…menjadi penyebab beradanya kita dalam ‘kenikmatan’ atau ‘azab’ yang tidak terperi seksanya…na’uzubillah…


semalam mungkin ku boleh menutup mata dengan apa yang telah berlaku…tapi hati ku marah pada diri…kenapa tidak mengatakan yang hak…ku risau kerana mungkin kelancanganku berbicara akan menjauhkan jarak antara kita…mungkin itu hakikat yang terpaksa ku terima di dunia kerana kumahu kau terus di sisiku andai ku diizinkan melangkah ke firdausi…dan mungkin juga tamparan itu yang harus ku terima kerana ku tidak mahu di soal di hapadan hakim yang Maha Besar kerana membiarkan diri mu terus leka diulik mimpi yang tiada kesudahan…


tapi mulai saat dan detik ini, ku harus bertegas…ku tidak boleh membiarkan diri mu terus dalam keasyikan dan keseronokan dunia yang hanya sementara ini…walaupun mungkin selepas ini kau tidak mahu menatap dua mataku…ku redha…mungkin itu takdir yang terbaik buatku…apa yang ku lakukan ini adalah kerana cinta ku pada mu…cinta kerana Allah…kerana kasih dan sayang yang telah kita bina selama ini…


setiap sesuatu ada had dan batasnya…mungkin ada sesetengah perkara, masih boleh dirundingkan…ada juga perkara yang tidak boleh untuk di ‘tawar-menawar’ kerana hal itu telah jelas, terang lagi bersuluh…tidak mungkin dapat di ubah hingga sangka kala ditiup di hujung hayat dunia ini…


mari kita amati dan memahami...kalam suci yang di wahyukan kepada baginda nabi SAW...walaupun dalam bahasa arab...kita bisa membaca terjemahannya...kepada golongan an-nisa’...banyak peringatan dari nabi...banyak perintah dari Allah...semuanya bagi menjaga maslahah yang berkaitan dengan wanita...


dalam Al-quran jelas digariskan... “sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu” (al-a’araaf : 26)...ya...itulah yang ku ingin bicarakan...Allah tidak akan menjadikan sesuatu dengan sia-sia...setiap sesuatu pasti ada sebab musababnya...


sekali lagi ingin ku tegaskan...ku juga makhluk tuhan seperti mu...diciptakan dari tanah dan akan kembali juga ke tanah...diri ku juga dibaluti 1001 kelemahan dan kesilapan...lantaran itu, ku pinta diri mu untuk membantuku kembali kepada paksi kebenaran...dirimu umpama cermin buatku...andai tergaris kecacatan yang ku lakukan yang boleh mencalarkan maruah Islam dan membelakangkan syariatNya...bukan ku sekadar memohon malahan ku merayu agar menarik ku kembali pada jalan yang diredhaiNya...


diri mu yang ku sayangi....ketahuilah dalam Islam cantik dicorakkan cara pergaulan, berpakaian dan segala sudut yang sentiasa bermain dalam senario kehidupan manusia...di sini ku hanya ingin ‘berbincang’ tentang berpakaian semasa kita bukan bersama-sama mereka yang halal bagi kita...bagaimana untuk kita berdepan mengikut ajaran agama Allah yang satu ini...tentang helai kain yang sentiasa membaluti anggota tubuh kita dari hujung rambut hingga hujung kaki...


sekali lagi ku ingin membawa dirimu merenung nas yang datangnya dari kalamullah yang tidak boleh dipertikaikan sehingga terbit matahari di barat... “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka...” (al-ahzab : 59)...apa yang boleh ditafsirkan dari ayat di atas...Allah menyeru supaya menutupi seluruh tubuh badan dengan pakaian...!!!ku ingin menarik minda mu agar berfikir sejenak, mengapa Dia menyariatkan sedemikian...mengapa kita perlu bertudung, berpakaian...mengapa...??? semuanya kerana tubuh kita adalah aurat...!!!bukan untuk menjadi tatapan umum...bukan menjadi tatapan untuk memancing nafsu-nafsu jahat....


tetapi semua itu bukanlah sewenang-wenangnya untuk kita laksanakan...ada garis dan panduannya yang tertentu...ayat Al-quran tersebut kemudianya dijelaskan oleh kekasih Allah...cara berpakaian : tidak lah ketat sehingga menampakkan susuk tubuh, tidak jarang hingga boleh menampakkan kulit atau bentuk badan, tidak menyerupai pakaian orang kafir...


ku ingin mengetuk mindamu...supaya kita dapat bersama-sama berfikir...mengapa syarat sedemikian ditetapkan...???.. kita harus ingat...hawa diciptakan untuk menemani adam yang kesunyian ketika di syurga dahulu...dan dalam hadith juga ada disebut, wanita adalah hiasan dunia...apa kaitan dua perkara ini...???


baiklah...mari kita sama-sama fikirkan...adakah akan indah dunia ini jika hanya kaum adam yang tercipta...??? Allah itu Maha Mengetahui...oleh sebab itu kaum hawa diciptakan...dengan ini juga manusia dapat berkembang biak di muka bumi...


sudah berkali kita dengar...adam, akalnya sembilan dan nafsunya satu...apakah yang satu itu...??? maklum sudah jawapannya, berkeinginan kepada hawa...kerana itu Allah menciptakan kaum hawa dengan begitu kompleks...penuh ‘kesenian’...kerana wanita adalah hiasan dunia...mengindahkan ‘dunia’ kaum adam...tapi harus diingat bahawa sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah...segala yang kita lakukan dan kita mahukan pasti kita ingin yang terbaik agar hasil yang kita peroleh adalah yang terbaik...


bagaimana mahu menjadi yang terbaik...??? marilah kita kembali kepada apa yang telah diperintahkan Allah...tutuplah aurat sesempurna mungkin sepertimana yang di ajar rasul...!!! jika difikir...caranya mudah dan tidak memerlukan belanja yang berjuta-juta...tidak memeningkan kepala dan tidak lansung merumitkan...pakailah apa pun yang kita kehendaki tapi jangan sesekali meninggalkan ‘syarat-syarat’ yang digariskan dalam Islam...Islam itu mudah dan tidak memudaratkan penganutnya...Islam itu sempurna tanpa perlu kita menokok tambah...


dan termasuk dalam syariat berpakaian ini juga adalah memakai jilbab atau lebih dikenali memakai tudung...turut mempunyai syarat dan peraturannya...tudung itu mestilah tidak jarang, tidak mengikut bentuk, sehingga boleh menampakkan bentuk leher dan kepala, dan tidak pendek dan menutupi dada....


bukan Allah nak menyusahkan hamba-hambanya...bukan nabi nak menyulitkan umatnya...semuanya kerana sayangnya Allah kepada kita dan cintanya Nabi kepada umatnya... segalanya pasti ada 1001 hikmah yang mungkin tak dapat kita rungkaikan...


betapa manusia alpa dan leka...Allah menegaskan lagi dalam firmanNya melalui lisan rasulNya...“ Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)...” (an-nur : 31)...dalam ayat ini boleh ditafsirkan, wanita wajib untuk memakai tudung ketika berhadapan dengan mereka yang tidak halal baginya...siapa...??? lelaki ajnabi...lelaki yang bukan mahram kita..lelaki yang kita boleh berkahwin dengannya...


kenapa perlu sampai ke paras dada yang Allah tetapkan...???kita renung kembali apa yang telah tertulis sebelum ini...wanita diciptakan dengan penuh ‘kesenian’...apa yang kaum hawa ada, kaum adam tidak miliki...fizikal kaum adam tidak sama dengan kaum hawa...pasti mengerti apa yang cuba ku maksudkan...bukan untuk mengaibkan tetapi ini adalah fakta...kerana ianya aib, maka wajib menutupinya....


bahagian dada wanita merupakan salah satu penarik kepada kaum adam....kerana sebab demikian, Allah mewajibkan kaum hawa melabuhkan tudung hingga ke dada...ini bagi megelakkan pandangan kaum adam ‘dipancing’ dengan ‘ciptaan terindah’ daripada Allah itu...besar dosanya jika kita ‘berjaya’ memancing syahwat kaum adam yang tidak halal bagi kita... 1001 bahaya yang telah ‘ditempah’...


labuhkanlah tudungmu hingga menutupi dadamu...simpanlah ‘khazanah’ itu sebaik-baiknya...bukan dijadikan tatapan umum sehingga hilang nilainya...sesuatu yang lebih tertutup dan terpelihara itu lebih bernilai dan lebih baik...biarlah menjadi sebuah rahsia hingga boleh diungkapkan mereka yang benar-benar berhak sahaja...


jika kita mahu yang terbaik dan mendapatkan hasil yang terbaik....kita perlu menjadi yang terbaik...hukum dunia...hanya mereka yang terbaik sahaja yang akan memiliki yang terbaik...


diri mu yang ku sayangi....ingatlah diri mu amat berharga...jaga dan peliharalah sebaik mungkin...kita hanya hidup sekali di dunia ini...tidak untuk kali kedua...tidak untuk kali ketiga...selapas kematian kita, kita tidak akan dapat mengubah apa-apa yang telah tercatat di kitab amalan kita...tidak ada istilah ‘delete’, ‘cut’, ‘padam’ atau ‘liquid’...


sebelum kita dipanggil menghadap Rabbul ‘Izzati...marilah kita sediakan diri sebaik mungkin...ikut dan patuh pada syariatNya...laksanakan segala perintahNya...tinggalkan semua laranganNya...agar kita sama-sama dapat menghidu haruman firdausi dan menjejak kaki dalam tempat yang tidak tergambar nikmatnya...

Diambil dari sini..

barakallah alaikum.. wasalamualaikum..

29 Disember 2010

Kenapa Kau Bagi Salam Kat Semua Orang?

Inilah sebuah potongan babak daripada Novel Laksana Bulan. Bacalah dan fahamilah isi yang tersirat.


Mulutnya laju mengunyah makanan. Sudu dan garfu sesekali berlaga. Ikan keli masak sambal itu dilahap. Faiz menutup mata, bagaikan menunjuk kelazatan makanan tengaharinya. Kafeteria yang terletak di Menara Sultan Abdul Aziz hingar-bingar, dipenuhi dengan staf dan para pelajar yang datang untuk mengisi perut pada waktu tengahari. Kebanyakan meja di situ telah pun dipenuhi. Masing-masing sedang menjamah makanan.

Tatkala sedang menghabiskan sisa-sisa makanannya, pandang Faiz menangkap seseorang yang sememangnya dia tunggu selama ini. Akmal! Ketika Akmal sedang mencari-cari tempat untuk dia duduk, Faiz mengangkat tangannya.

“Assalamualaikum, Akmal!” laung Faiz. Laungannya didengari oleh hampir separuh pengunjung kafetaria tersebut. Akmal menjawab salamnya seraya mendekati Faiz.

“Aii.. seorang je makan? Boleh aku join?” tanya Akmal penuh berharap.

Faiz membuat muka serius. “Kalau berani, duduk la.” Suaranya tegang. Akmal berkerut. ‘Aku ada buat salah ke?’, gumam hatinya. Faiz tergelak kecil. “Aku gurau je la. Haha.. duduk je la. Aku pun lonely ni.” Jelas Faiz. Tawa masih tersisa.

Akmal meletakkan begnya seraya melabuhkan punggung di atas kerusi. Matanya memerhatikan barisan pelajar yang beratur panjang untuk membeli makanan. Faiz merenungnya dari atas ke bawah. Wajah Akmal yang sederhana gelap itu dihiasi dengan sepasang cermin mata. Akal Faiz mula mencanang perancangannya.

Faiz berdehem beberapa kali untuk menarik perhatian lelaki di hadapannya itu. “Em.. aku nak tanya, biasanya kan kau bagi salam kat semua orang kau jumpa. Kenapa kau tak bagi salam kat aku pula kat kafe ni?” soal Faiz.

“Sebab kau tengah makan. Makruh hukumnya bagi salam kat orang yang tengah makan.” Jelas Akmal.

“Kenapa pula kau tak bagi salam kat perempuan?” soal Faiz lagi.

“Eh.. aku bagi salam apa kat nenek aku. Aku cuma tak bagi salam kat perempuan bukan muhrim je.” Gurau Akmal.

“Tapi kenapa?”

“Untuk elakkan fitnah. Nanti tak pasal-pasal aku dituduh nak mengurat pula.”

“Kenapa pula kau bagi salam kat semua orang?” soal Faiz bertalu-talu.

“Sebab tak ada satu dalil pun yang menyuruh kita bagi salam kat orang yang kita kenal je. Dalam bagi salam, kita bukan je doakan orang, orang juga akan doakan kita balik. Dapat pahala pula tu.” Jawab Akmal panjang lebar. Faiz terdiam. Sememangnya lelaki di hadapannya ini melakukan sesuatu bersebab. Bukan sekadar hentam keromo.

“Panjang kau soal siasat aku tapi aku tak tahu pun nama kau. Kau je tahu nama aku.” Akmal menyindir.

Faiz tersengih. Tangannya dihulurkan. “Nama aku Faiz. Mohd Faiz bin Zaman dari jurusan akaun.” Tangannya disambut. Mereka berjabat tangan. Jalinan ukhuwah mula bertaut.

Sejak hari itu, Faiz dan Akmal menjadi rapat meskipun berlainan jurusan. Walaupun pada mulanya Faiz berasa janggal, namun lama-kelamaan dia sudah terbiasa dengan tabiat Akmal yang dirasakan aneh. Tabiat yang rasanya tidak pernah dibuat orang. Pantang mendengar ada orang sakit, cepat-cepat Akmal melawat walaupun langsung dia tidak mengenali orang tersebut. Kalau seseorang ada masalah, pasti Akmal meluru untuk membantu sekadar termampu. Wajahnya tidak pernah lokek dengan senyuman. Prestasi pelajarannya juga membanggakan. Kerana itulah, Faiz menyenangi sikap Akmal itu. Bahkan semua warga UiTM Kampus Shah Alam yang mengenali Akmal menyenanginya.

Cuma, terdapat satu tabiat Akmal yang tidak digemari oleh rakan-rakan sekolejnya. Setiap hari, Akmal akan mengetuk pintu bilik-bilik rakannya untuk mengejutkan mereka agar menunaikan solat subuh. Yang geramnya, ketukan Akmal itu bagaikan hendak memecahkan pintu. Kalau tidak kerana tujuannya baik, pasti Akmal sudah lama ditengking.


28 Disember 2010

Kiamat 2012?

Assalamualaikum..

Setelah lama tidak menulis sendiri post sendiri, akhirnya saya berjaya mencuri masa untuk berbuat demikian. Saya tertarik untuk mengupas sedikit tentang Kiamat 2012 berdasarkan kejadian yang saya baru sahaja lihat sebentar tadi. Ketika saya sedang mencari-cari buku 'Fadail Masa'il' di MPH Bookstore, Alamanda Putrajaya, tiba-tiba saya terdengar perbualan dua beranak yang menusuk telinga saya.

Anak: Ayah, nak beli buku.
Ayah: Beli buku apa? Jangan beli buku kartun dengan komik pula?

Saya mengerling ke arah mereka. Si anak umurnya lebih kurang belasan tahun manakala sebapa mungkin 40-an. Yang pasti, uban telah memenuhi ruang kepalanya. Si anak pun mencapai sebuah buku yang menarik hatinya. Tajuknya, Kiamat 2012.





Ayah: Mengarut je buku ni. Mana ada kiamat jadi 2012. Membazir je beli buku ni. Baik beli buku pelajaran.

Saya mengukir senyuman di bibir. Mengarut? Benarkah?

Beberapa bulan lepas, seorang pensyarah USIM telah datang ke IPG KPI untuk mengupas tentang Kiamat 2012 ini dan ternyata, sambutannya hanya sederhana. Namun, saya tetap menghadirkan diri untuk mendapatkan sedikit info.

Menurutnya, kiamat 2012 ini asalnya merupakan ramalan suku Mayan yang bertapak si America Selatan. Tarikh yang diramalkan berlakunya kiamat ialah 21 Disember 2012. Ramai dalam kalangan masyarakat kita hari ini rasanya tidak mengendahkannya. Sebab ianya hanya sebuah ramalan.

Saya ada satu persoalan, jika benar kiamat akan berlaku pada tarikh tersebut, apakah anda sudah bersedia? Jangan katakan mustahil kerana Allah hanya perlu mengatakan 'KUN FAYA KUN'. Pasti ianya akan terjadi.

Mengapa masing-masing sibuk takut akan kiamat tetapi tidak risau akan kematian dirinya sendiri? Amalan sudah banyakkah?

Saudaraku yang dirahmati Allah,
Ingatlah bahawa perkara yang PALING DEKAT dengan kita ialah MATI. Hendak atau tidak, ianya pasti akan tiba. Kita bukan semakin dewasa tetapi semakin dekat dengan kematian. Sedangkan seorang pelajar yang baru sahaja mengambil keputusan PMR meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk pulang ke rumah, apatah lagi kita yang berusia lebih dari itu. Bayi yang berada dalam kandungan juga begitu mudah meninggal dunia.

Berapa kalikah kita pernah berfikir sejenak? Apakah tujuan kita DIHIDUPKAN (istilah yang lebih sesuai dari hidup kerana kita hidup bukan atas kehendak sendiri)? Adakah sekadar hendak belajar tinggi-tinggi, berumah tangga, mendapatkan perkerjaan yang bagus, mencari harta untuk keturunan kita semata-mata? Adakah berbaloi jika hidup ini hanya sekadar untuk itu?

INGATLAH! Bahawa syurga dan neraka itu sememangnya ada. Andai syurga dan neraka tiada dan tiada balasan atas perbuatan kita di dunia ini, lebih baik kita menjadi orang jahat. Lebih seronok! Boleh berbuat sesuka nafsu!

Tetapi sebenarnya inilah ujian Allah kepada kita, hambaNya. Allah menghijabkan pandangan kita dari perkara-perkara ghaib (Sam'iyyat). Kerana itulah malaikat pernah berkata andai manusia dapat melihat syurga, PASTI mereka berlumba-lumba untuk mendapatkannya dan andai manusia boleh melihat neraka, PASTI mereka berusaha untuk menjauhinya. Memang mudah untuk melafazkan cinta, tetapi bagaimana hendak membuktikannya? Pastilah dengan diuji.

Jika kita dapat mengehtahui tarikh kematian kita atau tarikh hari kiamat yang tepat, pasti ramai dalam kalangan kita yang akan berfoya-foya terlebih dahulu dan apabila masanya kian hampir barulah mereka bertaubat. Apakah itu bukti cinta yang sebenar?

Pada pendapat saya, tidak usah sibuk mengkaji atau meramal tarikh kiamat kerana lebih baik kita bersedia SENTIASA untuk menghadapinya. Jika tarikh tersebut tepat, maka kita telah pun bersedia. Jika tarikh tersebut tidak tepat, kita tetap bersedia dan beribadat kepada Allah. Masa depan tidak terjangkau oleh fikiran kita yang terbatas ini.

InsyAllah, sama-sama kita perbanyakkan amal dan tingkatkan iman. Barakallah alaikum. Wasalam..

19 Disember 2010

Doa Mendapat Jodoh..

Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. (25:74)


Dan juga ini ...


“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

Ya Allah
aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.

Namun Ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah, maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.

Amin Ya Allah, Amin Ya Rahman, Amin Ya Rahim..

17 Disember 2010

Aku akan dakwa semua orang melayu islam..

Kad pengenalan anda ada tertulis perkataan islam? Tapi apa yang anda faham dengan tulisan tu. Luangkan masa sekejap untuk memahaminya. Semoga Allah memberi saya dan anda hidayah.

(Kisah benar ini kiriman seorang ahli jemaah Masjid Al-Munawwarah. Dari Jeram Pasu pada Isnin, 6 September 2010, jam 10:11am)

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak, Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah aku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti hari jadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan ‘breakdance’, semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin aku nyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan agama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card dan kemudian bekerja disana. Itu yang ku ketahui dari kakaknya. Hubungan aku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. Maklumlah, di zaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi, aku bertembung dengan kakak Lim di pasar. Kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanah air. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. ” He’s name is no more Lim Wei Choon. He’s now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago...Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim di rumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.

Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

‘Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang” Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak, terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk di buaian di halaman rumahnya untuk berbual-bual. Dia masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada di perantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?.
Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?.
kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?
Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam. Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?
Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. Kalau betullah kau kawan baik aku, kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa di dalam api neraka?

Kau tahu? Kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati, aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau di dalam keluarga Islam. Tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk tak terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macam mana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong agama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.
Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu. Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah!!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serius tentang kebenaran Islam?
Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

Pengajaran kepada kita:
Ramai orang Melayu Islam di Malaysia gagal memahami hakikat kelahiran mereka di dunia ini, iaitu untuk menjadi pendakwah dan contoh tauladan kepada masyarakat dan umat yang lain.“Demikianlah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi-saksi (pembawa risalah Islam) keatas manusia lain, dan Rasul menjadi saksi (pembawa risalah Islam) keatas kamu” (Al-Quran).

Bahkan lebih asas dari itu ramai orang Melayu di Malaysia yang gagal memahami dan menghayati Islam itu sendiri, sedang mereka dilahirkan siap beragama Islam dan pergi sekolah setiap hari sejak kecil.

Apabila Lim mendapat cahaya Islamnya di Amerika, ini menunjukkan betapa di sebuah negara Barat lagi Kristian, terdapat orang-orang Islam di sana walaupun dari kalangan minoriti yangbekerja keras menunjukkan kepada manusia akan jalan kebenaran, berbanding dengan ramainya orang Melayu yang majoriti di negara Malaysia.
Lim sangat memahami firman Allah swt di atas. Oleh itu beliau menyebut perkataan ” .. aku akandakwa semua orang melayu Islam di dalam kampung kita … “. Setiap insan yang diamanahkan untuk menyampaikan Islam dalam bentuk perkataan (mengajak) dan perbuatan (contoh teladan), tetapi tidak menunaikan tugasan dan tanggungjawab tersebut, boleh bahkan akan didakwa oleh Allah swt kelak di Hari Kiamat. Mereka juga menjadi orang-orang yang didakwa oleh orang-orang sekeliling mereka yang tidak mendapat Risalah ini sedang mereka berjiran, berkawan dan berkenalan.

Lim seorang yang sangat menghargai Islam yang dimilikinya serta seorang yang bekerja keras demi mencapai cita-cita. Dalam masa 5 tahun sahaja, beliau telah mengislamkan 20 orang termasuk ada dari kalangan adik beradiknya sendiri. Jika orang Melayu tidak dapat mengislamkan 20 orang kafir untuk menyayingi Lim dalam perkara kebaikan, apa kata mereka berusaha mengajak 20 orang Melayu Islam ke masjid dan kuliah-kuliah agama ? Atau mereka sendiri telah jauh dari mengunjungi rumah-rumah ibadat kepada Allah swt ? “Sesungguhnya orang-orang yang memakmurkan surau dan masjid ALlah adalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat” (Al-Quran).

Ramai orang-orang Melayu hari ini membandingkan prestasi hidup sesama mereka dengan nilaian material seperti saiz dan rekabentuk rumah dan perhiasan, jenis kereta dan jumlah harta terkumpul, tetapi sepatutnya mereka membanding-banding sesama mereka sejauhmanakahprestasi projek Dakwah yang masing-masing sedang usahakan seperti majallah, tadika Islam, pusat tahfiz, rumah kebajikan dan anak yatim, pembinaan masjid dan surau, penganjuran kuliah dan kursus agama di masjid , surau dan institusi-institusi, projek kesenian Islam seperti merekod nasyid, pementasan dan kebudayaan Islam, penulisan artikel, cerpen, buku, novel dan blog Islam serta banyak lagi projek-projek Islam yang menanti dan boleh mereka lakukan demi berdepan dengan projek pemusnahan akhlak umat yang sedang dan berjaya dilakukan oleh musuh-musuh Islam dalam berbagai bidang kehidupan moden hari ini.

Semoga Allah swt memelihara kita dari kemurkaanNya lantaran kealpaan dan kelalaian ramai masyarakat kita dari tanggungjawab mereka sebagai hamba ALlah. Moga Allah memilih kita sebagai pendokong-pendokong agamaNya selagi nyawa belum bercerai badan. “Ya Allah jangan Engkau palingkan hari-hati kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami. Kurniakanlah kepada kami rahmatMu. Sesungguhnya Engkau sangat suka memberi” (Al-Quran).

04 Oktober 2010

ADAKAH ANDA JAHIL???

Assalamualaikum wa alaina..

Huh.. rsenyer dh lama gila x buat post baru.. sory la kpd sape2 yg membaca atau menunggu post dr aku ye.. emm.. 1st of all, sebelum syawal berlalu, aku nk ucapkan taqabalallah minna wa minkum.. tu ialah ucapan raya yg diamalkan oleh Nabi Muhammad sbnarnye tp kita dh terleka dan alpa dgn ucapan2 raya yg lain.. ucapan td tu bermaksud semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu..

Sedar x sedar, aku dh ada kt IPG slama 3 bulan.. masa yg akan dtg mmg kita rasa lama tp masa yg tlh lalu kita rasa kejap je.. hari rabu ni aku ada ujian mendengar utk subjek arab.. dh le aku lemah gler arab.. ya Allah.. tolglah hambaMu ini..

emm.. tajuk post aku kali ni ialah,jahiliyah moden.. apa tu jahiliyah? jahiliyah berasal drpd perkataan arab, jahil, yg bermaksud bodoh.. utk pengehtahuan semua, perkataan jahiliyah tu mmg khas utk kaum Quraisy Jhihiliyah Mekah.. sebelum diorg ni, xde umat yg digelar jahiliyah menunjukkan betapa teruk dan rosaknya akhlak dan akidah diorg mse tu.. zina dgn arab ialah rutin harian.. rasa mcm x lengkap hidup tanpa dua bnde tu..



mcm mne plak dgn jahiliyah moden? kita sume ni la termsuk dlm jahiliyah moden nih.. mmg Britsh, yahudi dan sekutunya tlh membuatkan kita sume jahil sebelum negara kita ni merdeka pada zahirnya.. abis sume budaya dan nilai2 melayu kita hilang.. antara puncanya,( bkn aku nk ngumpat tp ni adalah hakikat yg dikatakan oleh sebahagian org), Tan Sri P Ramlee.. dia yg mula bwk sume pengaruh2 dr barat ni.. cuba korg tnye parent korg.. sebelum era filem P Ramlee ni, ade ke pempuan pakai seksi2? skirt pendek? pergaulan bebas? kelab malam? dangdut? menari2 nih? jwpnnye, ialah xde..

pdhal, tu sume adalah permulaan kpd zina.. nauzubillah.. semoga kita dijauhkan.. tp rmai belia kt luar sne dh terlibat dgn zina.. ari2 kt surat khabar bagaikan x sempurna klu xde kes pembuangan bayi.. bknnye bayi tu x cukup sifat.. ape slh baby2 nih.. kdg2 aku tgk pun nk nangis dh.. kte bagaikan dh kembali ke zaman jahiliyah dlu.. kte bkn buang bayi tp BUNUH bayi!!! aku igt lg kes2 taun lps yg ade baby kne buang tu kne gigit semut.. kne mkn dgn anjing.. ya Tuhan.. kt mne iman mereka? kt mne iman mereka? skrg tepuk dada, tnye iman.. ADAKAH ANDA JAHIL??? wasalam..

11 Julai 2010

Naked: Should we allow it or not???

salam. Akhirnya aku membuat post baru. Sbnarnye aku ngah pnat nih sbb bru blek dr stadium cheras, kne buat latihan human grafik utk kejohanan sklh2 sukan asean ari slase nih. Dr lps sbuh smpi ptg. Agak pnat la gak. Dh la aku blek tu naik bas yg xde air con. Perrhh.. So, dh smpi kt bilik nih, planning nk tdo lps isyak. So, blh tgk final world cup nt. huhu.. Ntah npe plak ari ni aku rjin nk bce akhbar on9. So, aku bkak la utusan. Mse tu, aku jmpe seorg pak cik nih. Ni gmbr dye.



hmm.. hangpa knal x ngan dia nih? Nama dia, Datuk Nooh Gadut, adviser agama johor. Dia diminta la oleh wartwan utk ulas psl adegan bogel dlm filem ... dlm botol tuh. Sng jek dia ckp, ble iman xde, malu pun hilg. Dia jgak minx pelakon tu iaitu arja lee utk bertaubat nasuha cpt2.

nk tau x, pd pndgn aku, beza filem kte ngan barat cme xde adegan seks dan yg 'berknaan' jek. Yg lain, kte dh terlalu menghampiri filem brt. plg jelas, cerita jalang.



ntah ape la motif dia buat filem ni. Bazir duit jek.Plg truk skli, bhagian 18sx pun
dia tygkn.(aku cme tgk trailer dia je ea, xtgk cte ni btol2) btol x ckp aku psl beza td? ni pndgn aku sndri la. msing2 ade pndgn msing2 kn. ok, kembali kpd topik asal. sbnarnye korg nih knal x ngan arja lee? meh aku tunjuk muka dia..



BERTUKAR!!!;P



KORG TGK MAMAT NIH.. Agak tough la gak bdn. Blh la thn nsem. Aku rse kn, klu dia x terlibat dlm kontroversi nih, msti agak ramai gak minah yg minat. Ok la. Aku x prejudis sgt dgn lakonan dia tu. Yg aku x puas ati, kne msti BOGEL??? nk kate xpandai(aku x ske mencarut), dia sndri blaja smpi kt universiti. Mmg btol la pepatah arab. ade ilmu tu klu x amal mcm pkok tanpa buah. Sia2!!! ble ditanya alasan npe dia berbogel, nk menghayati watak. hahaha. tu alasan plg lwk pena aku dgr klu nk hayati pun, x perlu bogel la. Director filem tu dh offer dh pakai sluar pendek tp dia sndri yg nk bogel. Mcm mne???



ni la hasilnyer.. nseb bek dia dlm glap. Klu x, eyarrkk.. Geli btol. Dan tmbh lg aku kcwa dgn skap sbhagian org yg puji keberanian dia. Ni cme menggalakkan bnde2 cmni ade la. Dh la SBHAGIAN di msyarakat kte ni konon2 jek sensitif. Nk bukti? Blh jek.

1.

Tgk sazzy falak nih. Berbikini. Pastu, jd isu. Alasan dia, ngah honey moon ngan suami. Whai sazzy falak, sye tau la awk tu cun. Tp igt la, awk tu org islam. Ble rye, cbuk nk rye. Tp jge la aurat tu. Ble dh kontroversi, dia minx maaf. Lps tu, trus tenggelam isu nih.

2.

Asyraf Sinclair ngah bercium ngan isteri dia. Tp mse kejadian ni, diorg blom kawin lg ok? Nk tau ape alasan asyraf, kami btol2 dilamun cinta. Then, trus x dgr lg psl nih.

Sbnarnye byk lg peristiwa cmni jd. Rsenye korg pun tau, cme mybe x prsn jek. Ni la kenyataan masyarakat kte. Cme tau mrh dan protes tp mne tindakan???? Aku percye klu kes si arja lee ni x diambil tindakan, rsenyer sebulan nt dh x dgr dh psl nih.Ble org2 yg terlibat dlm kontroversi terutamanya artis, dgn mudah msyarakat maafkan. Dan aku percye dgn mudah diorg ni ulang ape yg diorg buat dan dgn mudah jgak sbhagian msyarakat tiru ape yg diorg buat. Semoga kte x turut terlibat. Nauzubillah..

Rsenyer tu je kot post aku kali nih. Bkn niat kt ati nk kutuk sape2, cme nk tunjuk ape yg tgh jd kt msyarakat kte skrg. Aku sndri pun manusia yg penuh kekurgan. So, sme2 la kte muhasabah diri. InsyAllah..

10 Julai 2010

SEJARAH SEBENAR MALAYSIA

1.kajian yang telah dijalankan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis kata nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889 lagi.. perancangan penjajah barat memecah-belahkan dan melemahkan dunia Melayu sudah beratus-ratus tahun dirancang oleh FREEMASON!

2.kritikan perancangan penubuhan negara MALAYSIA pada tahun 1937 oleh penasihat luar USA Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY!.. 10 tahun selepas batu asas FREEMASON (gerakan sulit yang diasaskan oleh Yahudi) diletakkan di Northam Road di Pulau Pinang.. semasa perletakan batu asas FREEMASON tu pada tahun 1927, Rupert Emerson baru sahaja menjawat jawatan professor di Harvard University.. USA panggil dia "specialist on nationalism in Asia" mungkin salah seorang ahli kuat FREEMASON nih...

3.aku rasa macam nak menangis je bila jumpa benda ni semasa aku cari mengenai sejarah sebenar penubuhan negara MALAYSIA dan INDONESIA, ia bermula ketika aku berasa amat hairan kenapa FILIPINA suatu ketika dahulu pernah nak klaim nama MALAYSIA, sebelum Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura dapat dulu dulu nama MALAYSIA.

4.rupa-rupanya perancangan negara MALAYSIA sudah ada kertas kerjanya beratus tahun sebelum diisyhtiharkan "merdeka", dan yang amat jelas ialahkertas kerja penubuhan negara MALAYSIA serta kritikannya di HARVARD UNIVERSITY pada tahun 1937 oleh Rupert Emerson yang merupakan PENASIHAT LUAR USA pada ketika itu serta professor of political science and international relations in Harvard University (gambar disertakan)


Tgk tarikh dye..

5.dokumen rahsia USA mengenai penubuhan negara Malaysia bertajuk seperti dibawah telah dibuang oleh USA di dalam website rasmi dia setelah artikel mengenainya diterbitkan di Universiti Teknologi MARA.... kuat betul perisik CIA nih
"Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001."



6.Dato Onn Jaafar : pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR), tulisan asal ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو atau nama sekarang telah diInggeriskan menjadi United Malay National Organisation(UMNO) atas sebab British mengharamkan semua parti yang tidak diInggeriskan.. beliau difitnah bangsa sendiri...

7.Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:



QUOTE(mungkin dia dah berjaya masuk ke dalam salah satu loji FREEMASON di Tanah Melayu?)
“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.

…saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat2 yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. (adakah Dato Onn Jaafar sudah berjaya masuk ke dalam salah satu loji FREEMASON di Tanah Melayu ketika itu?) Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.

Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan2 dan tanggungan saya itu…“

rujukan : (Mohamed Abid, 2003, muka surat 191-192)

penubuhan salah satu loji FREEMASON oleh penjajah pada tahun 1927 di Pulau Pinang, upacara perletakan batu asas:-antara bangunan FREEMASON di JOHOR (perhatikan betul2 apa dia tulis di peti suratnya dan lambangnya)

8.Gagasan USA tentang Malaysia sepertimana yg dihasratkan Rupert Emerson (kemungkinan besar ahli FREEMASON) menjadi kenyataan pada tahun 16 September 1963 bilamana Singapura, Tanah Melayu (atau suka dikenal sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Brunei di saat akhir, menarik diri daripada menyertai Malaysia, dan kekal dibawah naungan jajahan Inggeris hingga ke tahun 1984. manakala Singapura pula menyertai Malaysia setakat tahun 1965.

9.Pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial A.S, juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi bahagian Tanah Melayu, tidak timbul persoalan tentang Singapura masuk Malaysia. Kita tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita2 masa lalu yg gagal. Perlembagaan rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British darurat, dan kemerdekaan, Barisan Sosialis dan penangkapan ISA terhadap hampir kesemua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruh, Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian dan cawangan, pengharaman pilihanraya majlis tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy juga turut merengkok di dalam ISA atas tuduhan kununnya menentang penubuhan Malaysia. Hal ini ditulis Pak Said Zahari, yang dipenjara ISA oleh Lee Kuan Yew di Singapura, selama 17 tahun tanpa bicara, dalam buku memoirnya “Meniti lautan gelora.”

10.Jadi bukan Tunku Abdul Rahman lah yang mencipta nama Malaysia. Jika begitu tertipulah kita gamaknya. Dan sudah tentunya juga mereka inilah yang telah mencatur dan mengatur (indirect rule) siapa yang patut memerintah dan generasi yang bagaimana patut dilahirkan oleh negara Malaysia itu kelak.

11.Realitinya, Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancangan ‘mereka’ itu sedari awal lagi, malangnya orang UMNO telah dibutakan oleh dakyah barua British dan agen2nya sehingga ke hari ini. Akhirnya Dato Onn pula yang dihina dan dituduh talibarut British. (Mohamed Abid, 2003, p189)


Rumah freemason di Johor. Tgk btol2 lmbgnyer..

12.sesuatu yang besar pasti berlaku selepas era pemerintahan Najib Tun Razak kerana pencaturan Perdana Menteri Malaysia telah berakhir!
R - Tunku Abdul Rahman
A - Tun Abdul Razak
H - Tun Hussein Onn
M - Tun Dr. Mahathir Mohamad.. (Musa Hitam bertanding tapi kalah kepada Dr.M M)
A - Abdullah badawi (Anwar Ibrahim dipenjarakan atas tuduhan liwat/sodomi)
N - Najib Tun Razak (seperti menang tanpa bertanding kerana tiada lagi orang ada nama N)

13."Kerajaan telah memilih Perang Besar" (sekarang namanya PUTRAJAYA).. sumber rasmi petikan ucapan ini : ucapan tun dr.mahathir

mengikut perancangan ILLUMINATI.. di mana FREEMASON telah bergabung dengannya.. Perang Dunia Ketiga mesti dijalankan disebelah Timur Dunia untuk membentuk New World Order : 1World Government, perhatikan huruf G dalam logo FREEMASON, ia merujuk kepada Government!

"...sent them away from his son Isaac to the land of the east."
(Genesis 25:6 New International Version)

14.mengikut ramalan orang Yahudi berfahaman zionis yang sekarang sedang menguasai negara Israel serta parlimen USA (ditubuhkan oleh salah satu sayap gerakan mereka iaitu FREEMASON yang selepas itu sudah bergabung dengan gerakan Yahudi satu lagi dinamakan ILLUMINATI).. Keturunan dari Keturah/Quntura/Ketura iaitu isteri ketiga nabi Ibrahim selepas Hajar dan Sarah, akan mencabar kekuasaan mereka pada ketika dunia hampir kiamat dan Imam Mahdi atau nama lainnya Messiah akan lahir di Timur Dunia, sebelumnya Allah menurunkan Nabi Isa atau nama lainnya Jesus kembali ke bumi untuk membanteras Dajjal yang akan mengaku dia adalah tuhan sebenar, padahal dia menipu (aku pernah baca bahawa dia adalah Samiri pada zaman Nabi Musa atau nama lain Moses yang Allah panjangkan umurnya hingga ke hari kiamat, setelah dia mengintai Nabi Musa yang dipanggil menghadap Allah, dia mengumpul bekas laluan malaikat jibril atau nama lain Gabriel, lalu dia mencipta "tuhan" berbentuk LEMBU yang diperbuat dari emas yang dikumpul dari seluruh kaum Yahudi dan selepas dia mentaburkan sisa-sisa tapak malaikat Jibril itu, tiba2 boleh bergerak dengan cergas untuk beberapa saat dan dia menyesatkan kesemua kaum Yahudi dengan mengatakan LEMBU EMAS, "lembu suci", "holy cow" itu adalah tuhan... cerita ini ada dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah, dan ajaran Samiri ini kemungkinan besar dia adalah Dajjal dan masih menjadi kepercayaan kuat pengikut agama Hindu yang tamadun besar mereka bermula di Sungai Indus di India)

15. dengan kepercayaan kuat Yahudi ini yang percaya bahawa suatu bangsa keturunan dari isteri ketiga Kunturah /Quntura/Ketura ini akan mencabar dan mengalahkan mereka, kebanyakan negara kuasa Timur cuba dilemahkan dan dipecahkan manakala kuasa barat cuba dikuatkan.. dunia Melayu dipecahkan kepada paling kurang enam negera - Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan Timor Timur.. dunia Cina dipecahkan kepada China, Taiwan, Macao, Hong Kong.. dunia Korea dipecahkan kepada Korea Utara dan Korea Selatan.. cubaan menguasai Vietnam.. serta dibom teruk negara Jepun dan dibina pangkalan tentera termaju USA di Jepun, Filipina pelbagai lagi negara di seluruh dunia ini serta serta diberi bantuan ketenteraan melampau kepada Singapura (perhatikan sistemnya hampir sama dengan Israel semasa Israel menang peperangan 6 hari dalam hari dengan negara2 Arab) serta dihantar Jeneral Israel mereka mencatur strategi ketenteraan Singapura.. Lee Kuan Yew namakan mereka sebagai The Mexican.. serta dibinanya fahaman politik2 didunia ini seperti komunis dan sossialis moden yang pengasasnya sama iaitu Karl Marx yang berbangsa Yahudi, serta mahu seluruh dunia mengamalkan demokrasi yang juga sistem asasnya adalah rekaan Yahudi juga, juga dilagakan USA dan RUSSIA yang terletak disebelah timur dunia.. dan diciptanya GOOGLE dan FACEBOOK yang pengasasnya juga adalah Yahudi serta dibelinya YOUTUBE dan juga dikuasai kebanyakan media-media utama dunia, diasaskan juga HOLLYWOOD serta diasaskan kebanyakan syarikat2 studio perfileman di USA untuk pengaruhi seluruh dunia yang dinamakan GLOBALIZATION.

16.antara perkara yang amat menghairankan juga macam mana Anwar Ibrahim boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan amat cepat serta boleh pula dia rancang strategi Foundation For Future (sebuah pertubuhan yang sengaja direka oleh USA dan Yahudi untuk merancang politik di Asia) dan berkwan amat rapat dengan Paul Wolfowitz (perancang utama peperangan di Iraq dan Afghanistan).. manakala Najib seperti mengungkapkan misi utama ILLUMINATI atau FREEMASON ini 1World Government : New World Order.. serta pilihanraya Malaysia dulu semasa era pemerintahan Abdullah Badawi diadakan bertarikh "13" (suatu nombor keramat bagi pengikut FREEMASON dan ILLUMINATI).. dan apakah pentingnya nombor "7" dalam FREEMASON? bubuh batu asas FREEMASON di Pulu Pinang pada tahun 1927, perancangan dan kritikan penubuhan negara Malaysia pada tahun 1937 dan pengingsyhtiharan "kemerdekaan" negara Malaysia pada tahun 1957..LUCIFER show 1World Government sign..

17.fahaman FREEMASON, ILLUMINATI, ZIONIS ISRAEL..
They (no matter what race) who sold their soul to the ‘MASTER‘ to do all the above will be given the power:

a. to induce spiritual blindness

b. to convince

c. to convert

d. to corrupt

........
politik dunia ini semuanya seperti sudah dirancang semuanya oleh FREEMASON dan bangsa YAHUDI.. di facebook tulis "what are you thinking" dan google sebenarnya ada satu pangkalan data khas serta graf dan macam2 lagi untuk mengetahui mengetahui apa sebenarnya manusia suka cari di internet... semuanya adalah perancangan yang amat rapi

(AKU KCWA DGN SIKAP ANWAR IBRAHIM YG SGGUP KE AMERIKA UTK MINX MAAF KT TOKOH YAHUDI)

Statue of Liberity: Hanya simbol semata-mata




Td aku terbce kt kosmo ttg statue of liberity. Kononnya, ia melambangkn kebebasan. Ia merupakan hadiah pershbtan drpd rkyt perancis. Malah, ade juga statue of liberity mini di perancis yg btol2 menghadap statue yg berada di amerika. Nk tau something x? Statue of liberity ni merupakan saksi 'terbesar' permulaan keganasan oleh amerika. Iaitu pd 11 september 2001. Cbe tgk gmbr bwh ni. ;P



Lps peristiwa tu, amerika trus serang afganistan kononnye utk memerangi keganansan tanpa dia sdar yg dia perangi keganasan dgn lbh gns. Pdhal, ade kemungkinan bsar yg kejatuhan wtc tu ialah konspirasi yg direka oleh amerika sndri. Terlalu byk perbhsan ttg konspirasi ini. Utk tau lbh lanjut, blh bkak di www.911truth.org.

KEBEBASAN. Tu yg ditkankn amerika tp dlm mse yg sme dia sokong israel trus menerus. Barrack Obama, presiden amerika sndri ckp sblom dye dipilih jd presiden, dye ttp akan sokong israel. Mne kebebasan yg diorg agung2kn slame ni??? Sbnarnye kn, amerika x blh idup tanpa org yahudi. Ekonomi diorg yahudi yg pgg. Sbb tu presiden amerika xblh buat baik. Xkira la kt org islam mahupun bangsa lain sndri. Nk bukti???
Presiden Abraham Lincon: dibunuh sbb cuba hapuskn sistem penghambaan
Presiden John F Kennedy: dibunuh sbb cbe berbaik dgn org islam

Nah, tu buktinya. Sbb tu, palestin smpi skrg xbebas. Ape gnenye OIC(Organisation of islamic conference)? adakah mrka hanya berkata "ooo, I see."??? Mrka ni kne buat something utk palestin. Sbb klu nk hrpkn PBB, 1000 taun lg pun blom tentu dpt.

Knpe org yahudi dpt smpi ke palestin? sbb berlakunya HOLOCAUST. Pd spe yg xtau ape dye HOLOCAUST, tu ialah peristiwa pembunuhan org yahudi beramai-ramai di german mse pemerintahan Adolf Hitler. Dan dikatakan Holocaust ni pun merupakan rekaan semata-mata. Nmpk x brpe byknye konspirasi? Lps tu, PBB dgn baik ati bnarkn org yahudi ke palestin. Klu btol la nk tlg org yahudi, knpe x sruh diorg pegi Amerika atau rusia???
Tmpt tu berpuluh kali ganda lg bsar dr palestin. Knpe msti jdkn rakyat palestin jd pelarian kt negara sndri?

Lps ni, aku nk tunjuk plak bhwa pembinaan negara Malaysia ni pun ade konspirasinya dgn yahudi. Saksikn di post aku yg seterusnya. Lgu ini dinyanyikn oleh Maher Zain, bertajuk Palestine will be free. Dgrlah dan hayatilah.